Wednesday, November 26, 2008

PERKHIDMATAN KIRIMAN BARANG




Perhatian kepada semua pelajar... pihak GMN ada menyediakan perkhidmatan kiriman barang ke MESIR...

Penghantaran Insya Allah akan dilakukan 2 kali sebulan...

Segala pertanyaan boleh hubungi: Cik Siti Fatimah Binti Shuaib (+60123131298)
siti_globalmedic@yahoo.com

Harga yang telah ditetapkan oleh Airline adalah RM58.00/kg

Tuesday, November 18, 2008

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


  1. Memberikan perkhidmatan konsultan pendidikan secara percuma dengan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai jurusan atau universiti yang terbaik dan sesuai untuk pelajar.
  2. Memastikan pelajar mendapat tempat dalam fakulti yang dipilih oleh pelajar di universiti yang dikehendaki jika pelajar tersebut melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
  3. Menguruskan semua dokumen antara negara sebagai keperluan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di luar negara.
  4. Memastikan pelajar-pelajar memahami silang budaya antara negara.
  5. Memudahkan urusan birokrasi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti mendapatkan clearance letter dan non-objection certificate dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  6. Menyediakan konsultansi kerjaya sebagai persediaan menjadi seorang pengamal perubatan dan berbakti kepada masyarakat.
  7. Memudahkan urusan imigrasi antara negara dalam pengurusan visa pelajar dan segala urusan imigresen antara negara.
  8. Mewujudkan sebuah pusat khidmat rundingcara yang akan menjadi tempat bagi pelajar mendapatkan khidmat rundingcara, kaunseling dan bantuan yang diperlukan semasa mereka berada di luar negara.
  9. Mengatur urusan penerbangan pelajar ke negara terbabit dan kemudahan pengangkutan bagasi pelajar dari lapangan terbang ke lokasi penginapan pelajar tersebut.
  10. Menguruskan proses penghantaran pelajar ke universiti dari lapangan terbang dan menguruskan urusan birokrasi untuk pendaftaran pelajar baru.
  11. Memastikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan penginapan yang selesa dan berhampiran dengan tempat mereka menuntut.
  12. Menyelaras program kebajikan pelajar sepanjang proses mereka menuntut di luar negara. Pelajar boleh menghubungi kami untuk bantuan menyelesaikan masalah dengan universiti atau pentadbiran negara terbabit.

PENGENALAN GMN

Global Medic Network Sdn. Bhd. (GMN) adalah sebuah organisasi yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan konsultan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pengajian perubatan, pergigian dan farmasi di institusi luar Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. GMN mempunyai kerjasama yang erat dengan Pertubuhan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
a
Fakta telah menjelaskan bahawa pada akhir tahun 2002, Malaysia mempunyai 17,442 orang doktor di mana hanya 54% bertugas di sektor-sektor awam. Ini memberikan nisbah bilangan doktor perubatan berbanding bilangan populasi rakyat Malaysia adalah 1:1,400. Nisbah ini dilihat masih jauh jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan menjelang akhir tahun 2020, di mana Malaysia disasarkan mempunyai nisbah bilangan doktor perubatan berbanding bilangan populasi rakyat Malaysia pada 1:960.
a
Menjelang tahun 2020, Malaysia memerlukan doktor perubatan pada nisbah 1:600 berbanding populasi rakyat Malaysia.Menurut Datuk Dr Mohd Termidzi Junaidi, salah seorang ahli Malaysian Dental Council, nisbah bilangan doktor pergigian berbanding populasi rakyat Malaysia pada Julai 2007 adalah 1:9,560 orang di mana bilangan doktor pergigian yang dikeluarkan setiap tahun sama ada dari dalam atau pun luar negara adalah sekitar 400 hingga 500 orang sahaja. Ini adalah satu statistik yang amat membimbangkan di mana menjelang tahun 2020, nisbah bilangan doktor pergigian berbanding populasi rakyat Malaysia adalah 1:4,000.Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), nisbah bilangan ahli farmasi berbanding populasi rakyat Malaysia adalah 1:2,000 bagi negara-negara sedang membangun. Apa yang memeranjatkan, negara Malaysia hanya mempunyai nisbah bilangan ahli farmasi berbanding populasi rakyat Malaysia pada nisbah 1:7,500 di mana bilangan ahli farmasi yang berdaftar dengan Malaysian Pharmacy Board adalah sekitar 3,234 orang sahaja pada Januari 2003.Kerjasama erat antara GMN dan Pertubuhan Alumni UKM yang terjalin telah menghasilkan satu kumpulan gerak kerja yang berdedikasi dalam memahami keperluan para pelajar dalam memilih institusi yang terbaik dan mencadangkan pilihan yang terbaik untuk memenuhi keperluan perbelanjaan dan cara hidup pelajar. Hubungan kerjasama ini terjalin setelah kedua-dua pihak menyedari akan hakikat betapa kekurangan tenaga mahir professional dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dalam negara amatlah meruncing.
a
GMN adalah organisasi berpengalaman dalam bidang perunding pendidikan yang digerakkan oleh barisan perunding yang dinamik dan kreatif. Perunding-perunding dalam syarikat ini mempunyai pengalaman yang secukupnya dan mengamalkan kepelbagaian tugas dan kepakaran yang luas telah membolehkan kami menggabungkan kepakaran teknikal, pengetahuan pasaran dan kreativiti bagi mewujudkan satu kumpulan kerja yang lebih baik dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan pelanggan.Pihak pengurusan kami terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang konsultansi dan mempunyai rekod yang baik sebelum ini. Dari pengalaman selama 3 tahun, kami telah melalui pelbagai proses dan prosedur dari semua negara yang terpilih seperti Persekutuan Russia, Republik Indonesia dan Mesir. Dengan kekuatan ini, kami yakin dapat memenuhi keperluan pelanggan kami.Para pelanggan kami mempunyai satu hasrat yang sama iaitu ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pendidikan . Oleh kerana itu, perkhidmatan kami telah disebarkan secara meluas kepada mereka yang berhasrat untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
a
GMN telah membantu ramai pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi tanpa perlu menghadapi masalah dari segi prosedur dan dokumentasi. Kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.Buat masa ini, kami sedang mengendalikan kemasukan pelajar ke institusi-institusi pengajian di Indonesia, Russia dan Mesir dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Bilangan pelajar sehingga akhir tahun 2008 yang telah melanjutkan pelajaran di bawah kelolaan GMN adalah menjangkau 516 orang. Sasaran kami adalah untuk memperbanyakkan lagi bilangan universiti yang ditawarkan demi memastikan pelajar yang berminat mendapat peluang yang lebih luas.

Monday, November 10, 2008

PENJENAMAAN SEMULA GLOBAL MEDIC NETWORK SDN. BHD.



Assalamualaikum WBT...

Adalah dimaklumkan di sini bahawa pihak Global Medic Network Sdn. Bhd. sedang melakukan proses Penjenamaan Semula.

Ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami disamping merapatkan hubungan Silaturrahim sesama pelanggan dan syarikat.

Semoga dengan pengumuman awal ini, pelanggan kami tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat awal tentang Berita Terkini, Promosi, Jadual Penghantaran Bagasi, Tarikh Akhir Pembayaran Yuran & lain-lain makluman yang berkaitan...
Sekian dulu buat kali ini, wassalam...