Tuesday, November 18, 2008

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


  1. Memberikan perkhidmatan konsultan pendidikan secara percuma dengan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai jurusan atau universiti yang terbaik dan sesuai untuk pelajar.
  2. Memastikan pelajar mendapat tempat dalam fakulti yang dipilih oleh pelajar di universiti yang dikehendaki jika pelajar tersebut melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
  3. Menguruskan semua dokumen antara negara sebagai keperluan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di luar negara.
  4. Memastikan pelajar-pelajar memahami silang budaya antara negara.
  5. Memudahkan urusan birokrasi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti mendapatkan clearance letter dan non-objection certificate dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  6. Menyediakan konsultansi kerjaya sebagai persediaan menjadi seorang pengamal perubatan dan berbakti kepada masyarakat.
  7. Memudahkan urusan imigrasi antara negara dalam pengurusan visa pelajar dan segala urusan imigresen antara negara.
  8. Mewujudkan sebuah pusat khidmat rundingcara yang akan menjadi tempat bagi pelajar mendapatkan khidmat rundingcara, kaunseling dan bantuan yang diperlukan semasa mereka berada di luar negara.
  9. Mengatur urusan penerbangan pelajar ke negara terbabit dan kemudahan pengangkutan bagasi pelajar dari lapangan terbang ke lokasi penginapan pelajar tersebut.
  10. Menguruskan proses penghantaran pelajar ke universiti dari lapangan terbang dan menguruskan urusan birokrasi untuk pendaftaran pelajar baru.
  11. Memastikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan penginapan yang selesa dan berhampiran dengan tempat mereka menuntut.
  12. Menyelaras program kebajikan pelajar sepanjang proses mereka menuntut di luar negara. Pelajar boleh menghubungi kami untuk bantuan menyelesaikan masalah dengan universiti atau pentadbiran negara terbabit.

No comments: